SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Kelayakan menjadi Anggota

Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada kakitangan yang berkhidmat dengan : –

  1. Jabatan Agama Islam Perak
  2. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
  3. Jabatan Mufti Perak
  4. Jabatan Kehakiman Syariah Perak
  5. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak
  6. Universiti Sultan Azlan Shah

Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah : –

  • Warganegara Malaysia
  • telah mencapai umur lapan belas tahun
  • bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini dan
  • bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Fi Pendaftaraan

  1. Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM10.00 (Ringgit:sepuluh). Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepad pemoho jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
  2. Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM20.00 (Ringgit : dua puluh).
  3. Wasi yang sah kepada anggota yang mati jika memohon untuk menjadi anggota dalam tiga bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan fi masuk.

Tanggungjawab Anggota

Yuran bulanan anggota seperti yang diperuntukkan menurut perenggan 50(c) Akta hendaklah sekurang-kurangnya RM30.00(Ringgit : tiga puluh sahaja) sebulan. Tiap-tiap anggota boleh membuat bayaran yuran yang lebih mengikut aturan jimat-cermat dan pinjam-meminjam (Ruj:SKM.IP(AM) 7822 SJ.4 JLO/Y (10)(A) yang dibuat oleh Lembaga dengan kelulusan mesyuarat agung.