KOSIS Perak Bhd juga mempunyai sebidang tanah pertanian seluas 39 ekar yang diurus selia oleh pihak PKEINPk Sdn Bhd sebagai pihak yang dilantik untuk membangun dan menguruskan Ladang Kelapa Sawit sebagai sumber utama pendapatan koperasi.Ladang yang terletak di Mukim Pulau Tiga, Daerah Kampong Gajah, Perak Tengah ini adalah merupakan tanah pertanian yang dianugerahkan oleh pihak Kerajaan Negeri kepada KOSIS Perak Bhd bagi tujuan memberi pulangan yang akan dikongsi secara bersama dikalangan ahli-ahli koperasi. Purata pendapatan setahun yang dijana dari aktiviti perladangan ini adalah sekitar RM150,000.00 setahun yang bergantung sepenuhnya kepada harga semasa pasaran sawit dunia.